Pages

Suami dan isteri bergaduh???(oleh Munirah dan Muzammil)


Jam menunjukkan pukul 4.30 petang…


Isteri: Apa dah pukul 4.30 petang!?

Yer la…nak aku ulang lagi ker…?

Isteri: xyah ulang tapi aku rasa macam aku terlupa buat sesuatu. Apa yg aku selalu buat time2 camni yer?
Anak: Mama x masak ke?
Isteri: Alamak!! Aku lupa masak la…

Ketika si isteri hendak mula memasak…

Isteri: Apa ni suma barang dekat dapur dah habis. Camne nak masak ni?
Isteri suruh anaknya call bapaknya suruh beli barang dapur…
Anak: Helo papa…mama suruh beli barang dapur sebab dah habis…helo papa…aik asal suara perempuan lak?
Isteri: Adik dah call papa ke belum?
Anak: Dah tapi perempuan yg jawab telephone…
Isteri: Apew perempuan yg jwb!!!?
Anak: Mama boleh x jangan ulang ayat adik?
Isteri: Sorry mama excited tadi sorry tau.

Lepas si isteri dengar je si isteri terus bengang.
30 minit kemudian..suaminya pun pulang…

Suami: Ayang nk kemane dengan sume beg ni?
Isteri: Ayang nk balek rumah mak sebab abang dah x sayangkan ayang lagi…
Suami: Abang tahu yg ayang ni gila2 tapi abang xtau pulak yg ayg ni dah betol2 gila…
Isteri: Tengok tu mentang2 dah ada perempuan lain isteri sendiri sangup panggil gila.
Suami: Perempuan? Apa yg ayang mengarut pasal perempuan ni. perempuan mana? Boleh x terangkan? Abang x paham la…
Isteri: Abang  xyah la buat2 x paham…kitorang tetap nak balik rumah mak. bye bye…
Suami: Kitorang?
Isteri: Abang xyah la buat2 x tahu…xkan la ayang nak gerak dengan jembalang ayang lagi pun ayang x pernah bela jembalang…mesti la dengan anak kita…

Isteri pun gerak ke stesen bas dengan anak dia…

Isteri: Halo tauke kalo mahu naik bas ke Kuala Lumpur berapa…?
Tauke bas: Satu kepala RM10
Isteri:  Kalau begitu kira saya dengan anak saya…
Tauke bas: semuanya RM40…
Isteri: Apa lu mengarut ni tauke...lu mabuk ker? Kenapa RM40 pula? Kitorang berdua je, dua kepala RM20 la...
Tauke bas: Siapa mabuk? Lu ada kepala otak lu jer ke? kepala lutut lu x kira so kepala otak dengan kepala lutut kali 2 bukan ker RM40?
Isteri: Bla la lu tauke cekik darah punya orang…
Tauke: Apa punya orang la..

sebenarnya si isteri buat2 bengang je sebab bawak RM20 je jadi, dia dan anaknya x jadi balik ke rumah mak dia…setelah sampai di rumah….

Suami: Aik bukan ke ayang pergi rumah mak?
Isteri: Abang xyah la nak ubah topic…cepat cerita siapa perempuan yg dalam phone tuh?
Suami: Masa bila abang ada perempuan lain? Cecite cecite…
Isteri: Kenapa ayang pula yg kena terangkan abang yg buat hal abang la yg kena terangkan. Tapi anak kita cakap masa dia call abang dia dengar suara perempuan yg jawab…
Suami: Pukul berapa anak kita tu call abang?
Isteri: Dalam pukul 5 petang…
Suami: Ooo...masa anak kita call abang, abang tengah solat...abang takut kalau phone abang berbunyi nanti menganggu abang dengan jemaah lain yg tengah solat so abang off la phone abang…cuba ayang tanyer dekat anak kita apa yg perempuan tu kata?

Lepas itu, si isteri pun panggil anak dia

Isteri: Betul ke ada perempuan yg jawab time adik call papa?
Anak: Ha’ah
Isteri: Apa yg perempuan tu cakap?
Anak: No. yg anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba sebentar lagi..
Isteri: Ooo…hehehe…sorry ya bang…
Suami: Tu la..lain kali dengar dulu penjelasan abang…buat orang marah je (dalam nada yg gedik)

Dan begitu la pengakhiran pergaduhan mereka…

Isteri: Yer camtu la pengakhiran pergaduhan kitorang…

Boleh x jagan ulang ayat aku

Isteri: hehe…sorry2…aku excited sangat…hehe….

Biodata Cik Kiah

Nama: Cik Kiah binti…(nama bapak sekali ker???).
Umur: Rahsia…(Cik Kiah)
Tinggi: 155cm.
Berat: lagi laa rahsia…(Cik Kiah)
Makanan kegemaran: Masakan sendiri sebab dia fikir masakan dia lah yg paling hebat…
Minuman kegemaran: Semua korang nak tau…x ke pasar ke hari ini?(Cik Kiah)
Cita2: Nak bukak pasar sendiri…
Hobi: Pergi pasar…
Info: kalo x ke pasar…mesti ke pasar…

Biodata Pak Munawer

Nama: Pak Munawer bin Pak jokol.
Umur: 49 thn.
Tinggi: 167cm.
Berat: 69kg.
Makanan kegemaran: masakan isteri(Cik Kiah)sebabnya kalau x cakap masakan isteri yang terbaik nanti kena belasah dengan Cik Kiah.
Minuman kegemaran: semua korang nak tau…jom mengumpat nak x?
Cita2: Nak jadi pengerusi mengumpat sedunia…
Hobi: Mengumpat…
Info: kalau berborak dengan dia memang xda topic lain selain mengumpat.

Siapa Pak Munawer...?(oleh Muzammil)


Di pagi yg tengah nk cerah...pagi subuh la tu…


Pak Munawer: Assalamualaikum...Mux oii!!! oii Mux!!! aik dah mati ke org kat dalam rumah ni...? xper la biar aku gi tengok sendiri...
Muzammil: Yang pakcik terjerit2 ni naper?
Pak Munawer: Yer la…aku dah bagi salam tapi ko diam je aku nak tengok la kowt2 ko dah mati ker? Tapi tetiba ko muncul ni mesti kes takut rumah kena kritik ni….
Muzammil: Memandai je la pakcik ni…saya lambat sikit sebab saya pergi solat subuh. Pakcik tengok sekarang pukul berapa..?
Pak Munawer: Pukul 6.27 pagi…naper?
Muzammil: Pakcik ni dah solat ke belum…?
Pak Munawer: Belum…naper…?
Muzammil: Boleh lak pakcik tanya naper!!dah gi balik solat!!! dah mcm Cik Kiah lak...hehe
Pak Munawer: Yer la…nak gerak la ni
Muzammil: Bagus…dah insaf la tu
Pak Munawer: Jap aq dtg sini bersebab(dlm fikiran)
Muzammil: Yang pakcik berdiri kat situ buat aper?
Pak Munawer: Aku datang sini ada sebab larh…
Muzammil: Solat tu lagi penting...
Pak Munawer: Ko pikir aku sengaja datang sini ker? dah aku nak merajuk laa…
Muzammil: Alaa…xkan merajuk kowt…
Pak Munawer: Dah laa wat org merajuk…x pujuk lak tuh…
Muzammil: Alaa…xkan merajuk btol2 kowt…yer la yer la saya dengar la ni…
Pak Munawer: Kalo ko nak tau ank pak mat tu…mat rempit…
Muzammil: Betul ker?
Pak Munawer: Bedah tuh dulu sebenarnye lelaki…dia buat pembedahan tukar  jantina…sebab tu org panggil dia Bedah…
Muzammil: Patut la…suara dia kasar2 sikit…
Pak Munawer: Pastu Cik Kiah jatuh time nak gi pasar….kelakar kan…haha
Muzammil: Haha…kelakar btol…tp saya dah tau sebab saya pun ada time tuh…
Pak Munawer: Alaa yer ke..? buat kering tekak aku jer…xper yg ni lagi hebat ayam yg hilang kat kampung kita ni…mat rempit tu la yg wat….
Muzammil: Bukan ker ayam tu pakcik yg curik…
Pak Munawer: Hehe…aq dah kehabisan cerite saja jer wat cerite…
Muzammil: Tapi Cik Kiah tu kan isteri pakcik…x baik kutuk isteri sendiri tau…
Pak Munawer: Xper dia bukan tahu pun….
Muzammil: Tapi saya rasa adew aura yg membunuh la dekat sini…
Cik kiah: X tau yer bang??? Berani kutuk isteri sendiri…nak amek ni rasakan!!!
Pak munawer: Hadoi xyah la tarik telinga….
Cik kiah: Cepat balik rumah pergi solat…bole lak dia mengumpat kat sini...siap memfitnah lak tu…ingat memfitnah itu lagi berdosa dari membunuh…
Pak munawer: Yer la…xyah la tarik2…
Cik kiah: Ko ni Muzammil x kacau aq kau mengumpat kat sini Dah pergi balik!!!
Muzammil: Saya kan memang dekat rumah saya ni…
Cik Kiah: Owhh yer ke..??? Hehe…

kisah saya dan cik kiah...(oleh Muzammil)




Semalam aku rasa boring so aku jln2 la kejap. Tgh aku jln2, tetiba aku terserempak dengan Cik Kiah...


Muzammil: Cik Kiah oiii!! nak ke mana tu ?
Cik Kiah: Tengah bakar rumah ko ni x nampak ker ?! ko kan tahu ini jalan ke pasar xkan la aku nak pergi kantin sekolah ko lak...
Muzammil: alaa cik kiah ni saya tanya je...

Pastu dye pun jln...jln...dan jln... org tua ni x reti nk stop ke? Pastu tetiba...

Cik Kiah:lalalalala...

BAAM!!!

Dia terjatuh disebabkan aku ni baik aku pergi la tolong dia....

Cik Kiah: Adoiii!!! Sakitnya...
Muzammil: Dah Cik Kiah jatuh, xkan la best kowt pernah ke Cik Kiah jatuh rasa icecream?
Cik Kiah: Ko ni x habis2 nak kacau aku, ko dah xde keje ke hah? Pergi balik baca buku ke buat kerje sekolah ke? Pergi balik!!! Dah gi masak!!! mksd aq balik!!!!!
Muzammil: Yer laa...yer laa...cakap baik2 bolehkan? Budi bahasa budaya kita tau... lagipun xkan la diorang nak buat gosip pasal saya dengan Cik Kiah kowt...
Cik Kiah: Kan aku dah suruh ko balik kenapa x balik lagi ni?
Muzammil: Sekarang pukul berapa?
Cik Kiah: Pukul 12 tengah hari kenapa?
Muzammil: Alamak saya dah lambat nak ke skola!!!
Cik Kiah: Padan muka ko...aku doakan ko kena denda...hahaha
Muzammil: Kecoh la Cik Kiah ni...org dah tolong tadi bukan nak ucap terima kasih pun…dah malas saya nak kacau...bye...nanti saya kacau lagi tau...
Cik Kiah: Kalo ko kacau aku lagi aku bakar rumah ko...jap...alamak!!! aku lupa pulak yg aku xtau alamat rumah dia!!!!
Muzammil: Bagi sesiapa yg suka mereka cerita macam gosip dengan lain2 tu stop la...xde guna korang buat camtu...dapat dosa adalah...
Cik Kiah: Xleh lambat lagi ker???
Muzammil: Ye..ye...tengah gerak la ni...